Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019

"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"

Pautan LI Jun 2019

1. Cadangan tempat

http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019


2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)

http://bit.ly/MohonLI-Jun2019


Tuesday 9 April 2019

LI sesi Jun 2019 PERLU menggunapakai kursus DUT40110 dan DUT7019


Salam sejahtera saudara/i.....pelajar LI sesi JUN 2019

PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS DUT60019 INDUSTRIAL TRAINING BAGI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan Surat Pekeliling Kurikulum Bil. 3 Tahun 2019 bernombor rujukan JPPKK.BK-100-1/3/2(1) bertarikh 28 Mac 2019 adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa kursus DUT60019 Industrial Training telah ditangguhkan pelaksanaannya dari sesi Jun 2019 kepada sesi Disember 2019 bagi semua program. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri sesi Jun 2019 perlu dilaksanakan menggunapakai kurikulum semasa iaitu DUT40110- Industrial Training dan DUT 7019- Industrial Training (bagi program DDT sahaja).

3.         Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan yang berikut untuk semua pelajar yang layak LI sesi Jun 2019:
Courses Information Outline DUT40110 dan DUT 7019

Tempoh pelaksanaan dan penilaian kurikulum DUT40110 dan DUT 7019

Instrumen Penilaian Appendiks 1 hingga Appendik 5
              i) Appendix 1 Practical Task Form (40%)
             ii) Appendix 2 Reflective Journal Form (20%)
            iii) Appendix 3 Observation Form (10%)
            iv) Appendix 4 Industrial Training Final Report Form (20%)
            v) Appendix 5 Presention Form (10%)          
            (Dokumen ini juga boleh di muat turun daripada laman web PSIS (Manual LI)
  


Ringkasnya, DUT40110 & DUT7019
    1.   Sesi LI : 20 + 2 minggu

    2.   Ada 5 CLO

    3.   60% Penilaian organisasi
         -Practical task 40%
         -Reflective Journal 20%

    4.   40%Penilaian Institusi (PSIS)
        -Observation 10%
        -Final Report 20% (penilaian di PSIS)
        -Presentation 10% (penilaian di PSIS)

   5.   Pelajar perlu hadir hari Pendaftaran Pengesahan Tamat LI, serah dokumen dan HADIR sesi pembentangan laporan akhir LI di PSIS


Harap semua pelajar LI Jun 2019 maklum akan perkara ini

         
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara/i perlu berhubung dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri. Perhatian saudara/i dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri
PSIS

08 APRIL 2019