Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019

"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"

Pautan LI Jun 2019

1. Cadangan tempat

http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019


2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)

http://bit.ly/MohonLI-Jun2019


Sunday 7 July 2019

Penghantaran KAD LAPOR DIRI_2 minggu pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Unit Perhubungan dan Latihan Industri PSIS ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalani Latihan Industri’ kepada seluruh warga pelajar yang mengambil Kursus DUT 40110 / DUT 7019 bermula pada 01 Julai – 15 November 2019.
Sehubungan itu, pelajar diminta untuk melengkapkan dokumen berkaitan selewatnya 2 minggu selepas mendaftar di organisasi latihan atau boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sebelum POS, pelajar perlu MEMUAT NAIK KAD tersebut TERLEBIH DAHULU di dalam pautan yang disediakan  seperti di bawah untuk pengesanan awal oleh pihak UPLI mana2 pelajar yang masih tidak melapor diri:

Pautan Kad Lapor Diri Jun 2019
http://bit.ly/KADLAPORDIRI_JUN2019

Pautan Kad Perubahan Alamat LI Jun 2019 (JIKA ADA PERUBAHAN SAHAJA)
http://bit.ly/KADPERUBAHANALAMAT_JUN2019

Semoga pelajar semua dapat menjalani Latihan Industri sebaik mungkin di samping dipermudahkan segala urusan. Timbalah ilmu dan pengalaman yang berharga agar dapat memberi manfaat dalam kehidupan.
Akhirul kalam, selamat maju jaya!
~UPLI PSIS

Tuesday 9 April 2019

LI sesi Jun 2019 PERLU menggunapakai kursus DUT40110 dan DUT7019


Salam sejahtera saudara/i.....pelajar LI sesi JUN 2019

PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS DUT60019 INDUSTRIAL TRAINING BAGI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan Surat Pekeliling Kurikulum Bil. 3 Tahun 2019 bernombor rujukan JPPKK.BK-100-1/3/2(1) bertarikh 28 Mac 2019 adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa kursus DUT60019 Industrial Training telah ditangguhkan pelaksanaannya dari sesi Jun 2019 kepada sesi Disember 2019 bagi semua program. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri sesi Jun 2019 perlu dilaksanakan menggunapakai kurikulum semasa iaitu DUT40110- Industrial Training dan DUT 7019- Industrial Training (bagi program DDT sahaja).

3.         Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan yang berikut untuk semua pelajar yang layak LI sesi Jun 2019:
Courses Information Outline DUT40110 dan DUT 7019

Tempoh pelaksanaan dan penilaian kurikulum DUT40110 dan DUT 7019

Instrumen Penilaian Appendiks 1 hingga Appendik 5
              i) Appendix 1 Practical Task Form (40%)
             ii) Appendix 2 Reflective Journal Form (20%)
            iii) Appendix 3 Observation Form (10%)
            iv) Appendix 4 Industrial Training Final Report Form (20%)
            v) Appendix 5 Presention Form (10%)          
            (Dokumen ini juga boleh di muat turun daripada laman web PSIS (Manual LI)
  


Ringkasnya, DUT40110 & DUT7019
    1.   Sesi LI : 20 + 2 minggu

    2.   Ada 5 CLO

    3.   60% Penilaian organisasi
         -Practical task 40%
         -Reflective Journal 20%

    4.   40%Penilaian Institusi (PSIS)
        -Observation 10%
        -Final Report 20% (penilaian di PSIS)
        -Presentation 10% (penilaian di PSIS)

   5.   Pelajar perlu hadir hari Pendaftaran Pengesahan Tamat LI, serah dokumen dan HADIR sesi pembentangan laporan akhir LI di PSIS


Harap semua pelajar LI Jun 2019 maklum akan perkara ini

         
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara/i perlu berhubung dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri. Perhatian saudara/i dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri
PSIS

08 APRIL 2019



Monday 18 February 2019

BENGKEL PERSEDIAAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2019 akan diadakan seperti berikut:          
            Tarikh              : 25 Februari hingga 01 Mac 2019
Masa               : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat            : Dewan Syarahan Utama

Arahan:
           1)    Semua pelajar yang akan menjalani Kursus Latihan Industri sesi Jun 2019 
                 DIWAJIBKAN HADIR dengan membawa seperti berikut:
  •     Jurnal Refleksi Latihan Industri
  •      Folio LI (Ring File)
  •      Panduan Penulisan Kreatif (muat turun dari laman sesawang rasmi www. psis.edu.my)
  •      Borang Akuan Lepas Tanggung dan Akujanji Pelajar yang telah siap ditandatangani
2)    Pelajar yang tidak hadir akan diberi SURAT AMARAN
JADUAL:                       

TARIKH
JABATAN
PROGRAM
25 Februari 2019
(Isnin)
JTMK
DDT 4
DNS 4
26 Februari 2019
 (Selasa)
JP
DIB 5
DSK 5
27 Februari 2019
 (Rabu)
JKA
DKA 5
DAS 5
DSB 5
28 Februari 2019
 (Khamis)
JPH
DHF 5
DUP 5
1 Mac 2019 (Jumaat)
JKE
DEP 5
DTK 5


















TENTATIF:
MASA
PERKARA
8.00 pagi – 11.00 pagi
Pre-test
Taklimat Persediaan Latihan Industri
11.00 pagi – 1.00 tengahari
Bengkel Folio & Penulisan Jurnal Refleksi
1.00 tengahari – 2.15 petang
Rehat
2.15 petang – 2.30 petang
Majlis Akujanji Pelajar & Akuan Lepas Tanggung bersama PLIJ
2.30 petang – 3.30 petang
Bengkel Folio & Laporan Latihan Industri (LLI)
i. Garis panduan penulisan LLI – Laporan biasa
ii. Garis panduan penulisan LLI – Penulisan kreatif
3.30 petang – 5.00 petang
Softskills For Industrial Training
Post-test
Sekian, harap maklum...... terima kasih
~UPLI PSIS