Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019

"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"

Pautan LI Jun 2019

1. Cadangan tempat

http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019


2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)

http://bit.ly/MohonLI-Jun2019


Monday 26 December 2016

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2016

SEPERTI SENARAI DI LAMPIRAN (Sila klik)

Saudara/ Saudari,

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER  2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan proses merekod penerimaan Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2016. Dukacita dimaklumkan bahawa saudara/ saudari masih belum melengkapkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan (dua (2) minggu selepas pelajar melapor diri di organisasi).

3.         Sehubungan dengan itu, saudara/saudari seperti senarai nama di Lampiran A  dikehendaki menghantar dokumen berkenaan sebelum 28 DISEMBER 2016 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Disember  2016.

4.         Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/ saudari dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7 Tindakan Hukuman).

Sekian, terima kasih.

Tuesday 29 March 2016

PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT DAN PENILAIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2015

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Saudara/Saudari,
PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT DAN PENILAIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2015
  Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri adalah seperti keterangan di bawah:-
         Tarikh   :    20 April 2016
         Hari      :    Rabu
         Masa     :    8.00 pagi
3. Sehubungan dengan itu saudara/saudari diarah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan merujuk dokumen berikut:-
  1. Lampiran 1     Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015
  2. Lampiran 2     Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat Dan Penilaian Kursus Latihan Industri
  3. Lampiran 3     Carta Alir Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri
  4. Lampiran 4     Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015
4. Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa ke semasa.
Sekian, harap maklum

KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015,
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.
Saudara/Saudari
KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN PSIS DAN MY INTERNSHIP REFLECTION (REFLEKSI B) SESI DISEMBER 2015
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan “Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS” bagi Sesi Disember 2015.  Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang menjalani Kursus Latihan Industri adalah terpilih dan DIWAJIBKAN untuk terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
3.         Saudara/Saudari diarah untuk melayari laman web seperti berikut sebelum 18 April 2016.
  1. Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS di : http://goo.gl/forms/XJMkJURzcZ
  2. Pelajar dimohon mengisi semula maklumbalas My Internship Reflection B (Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri) di : https://goo.gl/F1esvK
4.         Saudara/Saudari diwajibkan membawa cetakan Pengesahan Kajian dan salinan Refleksi  B : Refleksi oleh Penyelia lndustri  ketika hari Pendaftaran Pengesahan tamat  Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015.
5.         Perhatian dan kerjasama saudara/saudari dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Perhubungan Dan Latihan Industri di talian 03-32806234.
Sekian, terima kasih.


Thursday 4 February 2016

PENYELIAAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SESI DISEMBER 2015


Dengan  segala  hormatnya,  perkara  di atas adalah   dirujuk.
2.         Untuk makluman, Politeknik Se-Malaysia akan menjalankan penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalankan kursus Latihan Industri (DUT 40110 / AT 401) Sesi Disember 2015 di seluruh negeri dalam Malaysia.  Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau akan menghubungi organisasi dimana saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 bagi tujuan tersebut di atas.
3.         Tempoh penyeliaan adalah antara 18 Januari hingga 25 Mac 2016.  Saudara/saudari diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan masing-masing.  Diharapkan proses penyeliaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan  antara organisasi penempatan saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 dengan pihak politeknik.   Keperihatinan saudara/saudari berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
(Nor Hayati Binti Mmohammed Sani)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan

Monday 25 January 2016

HEBAHAN BERKAITAN LI



Para pelajar,
Sebarang hebahan berkaitan LI yang terkini, sila rujuk laman Web PSIS - UPLI dari semasa ke semasa.

PAUTAN DOKUMEN LI



Para pelajar,
Sekiranya dokumen berkaitan di blog ini tidak dapat dicapai, sila ke laman web PSIS. (klik)

Terima kasih.