Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019

"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"

Pautan LI Jun 2019

1. Cadangan tempat

http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019


2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)

http://bit.ly/MohonLI-Jun2019


Monday 26 December 2016

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2016

SEPERTI SENARAI DI LAMPIRAN (Sila klik)

Saudara/ Saudari,

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER  2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan proses merekod penerimaan Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2016. Dukacita dimaklumkan bahawa saudara/ saudari masih belum melengkapkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan (dua (2) minggu selepas pelajar melapor diri di organisasi).

3.         Sehubungan dengan itu, saudara/saudari seperti senarai nama di Lampiran A  dikehendaki menghantar dokumen berkenaan sebelum 28 DISEMBER 2016 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Disember  2016.

4.         Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/ saudari dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7 Tindakan Hukuman).

Sekian, terima kasih.