Salam sejahtera saudara/i.....pelajar LI sesi JUN 2019
PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS DUT60019 INDUSTRIAL TRAINING BAGI SEMUA PROGRAM
PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Dengan segala
hormatnya, perkara di atas dan Surat Pekeliling Kurikulum Bil. 3 Tahun 2019
bernombor rujukan JPPKK.BK-100-1/3/2(1) bertarikh 28 Mac 2019 adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa kursus DUT60019 Industrial Training telah ditangguhkan
pelaksanaannya dari sesi Jun 2019 kepada sesi Disember 2019 bagi semua program.
Sehubungan dengan itu, Latihan Industri sesi
Jun 2019 perlu dilaksanakan menggunapakai kurikulum semasa iaitu DUT40110- Industrial Training dan DUT 7019- Industrial Training (bagi program DDT
sahaja).
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini
disertakan yang berikut untuk semua pelajar yang layak LI sesi Jun 2019:
Courses Information Outline DUT40110 dan DUT 7019
Tempoh pelaksanaan dan penilaian kurikulum DUT40110 dan DUT 7019
Instrumen Penilaian Appendiks 1 hingga Appendik 5
i) Appendix 1 Practical Task Form (40%)
ii) Appendix 2
Reflective Journal Form (20%)
iii) Appendix 3 Observation Form (10%)
iv) Appendix 4 Industrial Training Final Report Form
(20%)
v) Appendix 5 Presention Form (10%)
(Dokumen ini juga boleh di muat
turun daripada laman web PSIS (Manual LI)
Ringkasnya,
DUT40110 & DUT7019
1. Sesi LI : 20 + 2 minggu
2. Ada 5 CLO
3. 60% Penilaian organisasi
-Practical task 40%
-Reflective Journal 20%
4. 40%Penilaian Institusi
(PSIS)
-Observation 10%
-Final Report 20% (penilaian di PSIS)
-Presentation 10% (penilaian di PSIS)
5. Pelajar perlu hadir hari
Pendaftaran Pengesahan Tamat LI, serah dokumen dan HADIR sesi pembentangan
laporan akhir LI di PSIS
Harap semua pelajar LI Jun 2019 maklum akan perkara ini
Untuk maklumat
lanjut berkaitan perkara ini, saudara/i perlu berhubung dengan Pegawai
Perhubungan dan Latihan Industri. Perhatian saudara/i dalam hal ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
PSIS
08 APRIL 2019