Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Politeknik Se-Malaysia akan menjalankan penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalankan kursus Latihan Industri (DUT 40110 / AT 401) Sesi Disember 2015 di seluruh negeri dalam Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau akan menghubungi organisasi dimana saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 bagi tujuan tersebut di atas.
3. Tempoh penyeliaan adalah antara 18 Januari hingga 25 Mac 2016. Saudara/saudari diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan masing-masing. Diharapkan proses penyeliaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara organisasi penempatan saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 dengan pihak politeknik. Keperihatinan saudara/saudari berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Nor Hayati Binti Mmohammed Sani)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan