Assalamualaikum dan salam sejahtera
Unit Perhubungan dan Latihan Industri PSIS ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalani Latihan Industri’ kepada seluruh warga pelajar yang mengambil Kursus DUT 40110 / DUT 7019 bermula pada 01 Julai – 15 November 2019.
Sehubungan itu, pelajar diminta untuk melengkapkan dokumen berkaitan selewatnya 2 minggu selepas mendaftar di organisasi latihan atau boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sebelum POS, pelajar perlu MEMUAT NAIK KAD tersebut TERLEBIH DAHULU di dalam pautan yang disediakan seperti di bawah untuk pengesanan awal oleh pihak UPLI mana2 pelajar yang masih tidak melapor diri:
Pautan Kad Lapor Diri Jun 2019
http://bit.ly/KADLAPORDIRI_JUN2019
Pautan Kad Perubahan Alamat LI Jun 2019 (JIKA ADA PERUBAHAN SAHAJA)
http://bit.ly/KADPERUBAHANALAMAT_JUN2019
Semoga pelajar semua dapat menjalani Latihan Industri sebaik mungkin di samping dipermudahkan segala urusan. Timbalah ilmu dan pengalaman yang berharga agar dapat memberi manfaat dalam kehidupan.
Akhirul kalam, selamat maju jaya!
~UPLI PSIS
Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019
"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"
Pautan LI Jun 2019
1. Cadangan tempat
http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019
2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)
Sunday, 7 July 2019
Tuesday, 9 April 2019
LI sesi Jun 2019 PERLU menggunapakai kursus DUT40110 dan DUT7019
Salam sejahtera saudara/i.....pelajar LI sesi JUN 2019
PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS DUT60019 INDUSTRIAL TRAINING BAGI SEMUA PROGRAM
PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Dengan segala
hormatnya, perkara di atas dan Surat Pekeliling Kurikulum Bil. 3 Tahun 2019
bernombor rujukan JPPKK.BK-100-1/3/2(1) bertarikh 28 Mac 2019 adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa kursus DUT60019 Industrial Training telah ditangguhkan
pelaksanaannya dari sesi Jun 2019 kepada sesi Disember 2019 bagi semua program.
Sehubungan dengan itu, Latihan Industri sesi
Jun 2019 perlu dilaksanakan menggunapakai kurikulum semasa iaitu DUT40110- Industrial Training dan DUT 7019- Industrial Training (bagi program DDT
sahaja).
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini
disertakan yang berikut untuk semua pelajar yang layak LI sesi Jun 2019:
Courses Information Outline DUT40110 dan DUT 7019
Tempoh pelaksanaan dan penilaian kurikulum DUT40110 dan DUT 7019
Instrumen Penilaian Appendiks 1 hingga Appendik 5
i) Appendix 1 Practical Task Form (40%)
ii) Appendix 2
Reflective Journal Form (20%)
iii) Appendix 3 Observation Form (10%)
iv) Appendix 4 Industrial Training Final Report Form
(20%)
v) Appendix 5 Presention Form (10%)
(Dokumen ini juga boleh di muat
turun daripada laman web PSIS (Manual LI)
Ringkasnya,
DUT40110 & DUT7019
1. Sesi LI : 20 + 2 minggu
2. Ada 5 CLO
3. 60% Penilaian organisasi
-Practical task 40%
-Reflective Journal 20%
4. 40%Penilaian Institusi
(PSIS)
-Observation 10%
-Final Report 20% (penilaian di PSIS)
-Presentation 10% (penilaian di PSIS)
5. Pelajar perlu hadir hari
Pendaftaran Pengesahan Tamat LI, serah dokumen dan HADIR sesi pembentangan
laporan akhir LI di PSIS
Harap semua pelajar LI Jun 2019 maklum akan perkara ini
Untuk maklumat
lanjut berkaitan perkara ini, saudara/i perlu berhubung dengan Pegawai
Perhubungan dan Latihan Industri. Perhatian saudara/i dalam hal ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
PSIS
08 APRIL 2019
Monday, 18 February 2019
BENGKEL PERSEDIAAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI
Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan
Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2019 akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 25 Februari
hingga 01 Mac 2019
Masa
: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
: Dewan Syarahan Utama
Arahan:
1) Semua pelajar yang akan menjalani Kursus Latihan Industri sesi Jun 2019
DIWAJIBKAN HADIR dengan membawa seperti berikut:
1) Semua pelajar yang akan menjalani Kursus Latihan Industri sesi Jun 2019
DIWAJIBKAN HADIR dengan membawa seperti berikut:
- Jurnal Refleksi Latihan Industri
- Folio LI (Ring File)
- Panduan Penulisan Kreatif (muat turun dari laman sesawang rasmi www. psis.edu.my)
- Borang Akuan Lepas Tanggung dan Akujanji Pelajar yang telah siap ditandatangani
2)
Pelajar yang tidak hadir akan diberi SURAT AMARAN
JADUAL:
TARIKH
|
JABATAN
|
PROGRAM
|
25 Februari 2019
(Isnin)
|
JTMK
|
DDT 4
DNS 4
|
26 Februari 2019
(Selasa)
|
JP
|
DIB 5
DSK 5
|
27 Februari 2019
(Rabu)
|
JKA
|
DKA 5
DAS 5
DSB 5
|
28 Februari 2019
(Khamis)
|
JPH
|
DHF 5
DUP 5
|
1 Mac 2019 (Jumaat)
|
JKE
|
DEP 5
DTK 5
|
TENTATIF:
MASA
|
PERKARA
|
8.00 pagi – 11.00 pagi
|
Pre-test
Taklimat Persediaan Latihan Industri
|
11.00 pagi – 1.00 tengahari
|
Bengkel Folio & Penulisan Jurnal
Refleksi
|
1.00 tengahari – 2.15
petang
|
Rehat
|
2.15 petang – 2.30 petang
|
Majlis Akujanji Pelajar & Akuan
Lepas Tanggung bersama PLIJ
|
2.30 petang – 3.30 petang
|
Bengkel Folio & Laporan Latihan
Industri (LLI)
i.
Garis panduan penulisan LLI – Laporan biasa
ii.
Garis panduan penulisan LLI – Penulisan kreatif
|
3.30 petang – 5.00 petang
|
Softskills
For Industrial Training
Post-test
|
Monday, 26 December 2016
PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2016
SEPERTI SENARAI DI
LAMPIRAN (Sila klik)
Saudara/ Saudari,
PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD
MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI DISEMBER 2016
Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Unit Perhubungan dan Latihan Industri
telah melaksanakan proses merekod penerimaan Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad
Maklumat Semasa Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2016. Dukacita
dimaklumkan bahawa saudara/ saudari masih belum melengkapkan dokumen dalam
tempoh yang ditetapkan (dua (2) minggu selepas pelajar melapor diri di
organisasi).
3. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari
seperti senarai nama di Lampiran A dikehendaki menghantar dokumen berkenaan
sebelum 28 DISEMBER 2016 bagi
melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Disember 2016.
4. Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/
saudari dianggap tidak melapor diri di organisasi dan akan
dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7 Tindakan Hukuman).
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 29 March 2016
PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT DAN PENILAIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2015
Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Saudara/Saudari,
PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT DAN PENILAIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2015
Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri adalah seperti keterangan di bawah:-
Tarikh : 20 April 2016
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
3. Sehubungan dengan itu saudara/saudari diarah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan merujuk dokumen berikut:-
- Lampiran 1 Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015
- Lampiran 2 Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat Dan Penilaian Kursus Latihan Industri
- Lampiran 3 Carta Alir Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri
- Lampiran 4 Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015
4. Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa ke semasa.
Sekian, harap maklum
KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN
Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015,
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.
Saudara/Saudari
KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN PSIS DAN MY INTERNSHIP REFLECTION (REFLEKSI B) SESI DISEMBER 2015
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan “Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS” bagi Sesi Disember 2015. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang menjalani Kursus Latihan Industri adalah terpilih dan DIWAJIBKAN untuk terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
3. Saudara/Saudari diarah untuk melayari laman web seperti berikut sebelum 18 April 2016.
- Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS di : http://goo.gl/forms/XJMkJURzcZ
- Pelajar dimohon mengisi semula maklumbalas My Internship Reflection B (Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri) di : https://goo.gl/F1esvK
4. Saudara/Saudari diwajibkan membawa cetakan Pengesahan Kajian dan salinan Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri ketika hari Pendaftaran Pengesahan tamat Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015.
5. Perhatian dan kerjasama saudara/saudari dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Perhubungan Dan Latihan Industri di talian 03-32806234.
Sekian, terima kasih.
Thursday, 4 February 2016
PENYELIAAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SESI DISEMBER 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Politeknik Se-Malaysia akan menjalankan penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalankan kursus Latihan Industri (DUT 40110 / AT 401) Sesi Disember 2015 di seluruh negeri dalam Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau akan menghubungi organisasi dimana saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 bagi tujuan tersebut di atas.
3. Tempoh penyeliaan adalah antara 18 Januari hingga 25 Mac 2016. Saudara/saudari diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan masing-masing. Diharapkan proses penyeliaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara organisasi penempatan saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015 dengan pihak politeknik. Keperihatinan saudara/saudari berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Nor Hayati Binti Mmohammed Sani)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan
Subscribe to:
Posts (Atom)