Pautan UTAMA e-Borang LI Jun 2019

"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya"

Pautan LI Jun 2019

1. Cadangan tempat

http://bit.ly/CadanganOrganisasiLI-Jun2019


2. Dapatkan Surat Permohonan (cover letter)

http://bit.ly/MohonLI-Jun2019


Tuesday 29 March 2016

KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015,
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.
Saudara/Saudari
KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN PSIS DAN MY INTERNSHIP REFLECTION (REFLEKSI B) SESI DISEMBER 2015
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan “Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS” bagi Sesi Disember 2015.  Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang menjalani Kursus Latihan Industri adalah terpilih dan DIWAJIBKAN untuk terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
3.         Saudara/Saudari diarah untuk melayari laman web seperti berikut sebelum 18 April 2016.
  1. Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS di : http://goo.gl/forms/XJMkJURzcZ
  2. Pelajar dimohon mengisi semula maklumbalas My Internship Reflection B (Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri) di : https://goo.gl/F1esvK
4.         Saudara/Saudari diwajibkan membawa cetakan Pengesahan Kajian dan salinan Refleksi  B : Refleksi oleh Penyelia lndustri  ketika hari Pendaftaran Pengesahan tamat  Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015.
5.         Perhatian dan kerjasama saudara/saudari dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Perhubungan Dan Latihan Industri di talian 03-32806234.
Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment